Search

SAYA DAN ANALISA DATA RAYA & A.I. (SIRI 4)
  • Share this:

SAYA DAN ANALISA DATA RAYA & A.I. (SIRI 4)

"In God We Believe, In Data We Trust"

Ada apa pada data?

Ada yang tidak nampak apa2. Data macam tak ada pemberat & nilai. Kosong

Ada yang tak suka data. Mereka lebih suka guna alasan & hujah secara emosi & intuisi. Mereka lebih senang mendapat kepercayaan & juga penghargaan dengan kata2 mereka yang menarik, senyuman mereka yang manis & ucapan mereka yang bersemangat. Mudah untuk beli hati & minda manusia. Ini jalan pintas. Main emosi manusia.

Ada yang anti & benci data. Mereka juga benci kepada teknologi & algorisma yang membantu mengumpul, menyusun, memahami & memberi makna kepada data yang bertimbun2. Mereka juga rasa tercabar & kurang relevan apabila ilmu baru timbul bila berjuta2 data dapat dicakna dengan cepat, tepat, okjektif & kohesif. Mereka mula menyerang teknologi di sebalik analisa data raya & A.I. "Mana mungkin kita biarkan mesin & robot memberi makna kepada kehidupan kita!". Ini antara bahasa & naratif mereka yang sinis.

Ada juga yang percaya data adalah cermin kehidupan. Data juga tidak boleh berbohong. Ucapan & kata2 boleh jadi seperti menanam tebu di bibir mulut. Bila dikunyah, rasa peria.

Lebih penting, data adalah hidup senada & senafas dengan perwatakan seseorang & masyarakat. Semakin kita boleh memahami data dengan baik & tuntas, semakin kita dapat memahami pola & trend kehidupan dalam semua aspek.

Tidakkah anda perasaan bila anda membuka sahaja lembaran google @ carian dalam internet, apa sahaja yang anda suka akan timbul terlebih dahulu & kerap dalam alat keluli & lap top anda Mesin sudah menyusun & memahami data profil anda.

Saya banyak berbincang dengan Nazri tentang pelbagai aspek data. (Foto di atas di satu siri awareness programme di Singapura). Saya juga mula meneliti al-Quran sebagai sebuah dokumen yang padat & sarat dengan data. "The Qutan is a data centric book". Saya mula gunakan ungkapan ini dalam banyak ucapan saya. Saya mula membentuk teori kehidupan berdasarkan analisa data raya & A.I

Saya mula melihat kelebihan analisa data raya yang paling wow ialah 'personalised solution' atau solusi untuk setiap orang. Setiap orang perlu solusi berbeza. Ini juga ajaran agama.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts